Rabu, 29 Julai 2009

Memilih Pasangan


Dalil

(Surah An Najm Ayat 45-46)
Maksudnya
45. Dan sesungguhnya, Dialah Yang menciptakan pasangan (lelaki & perempuan) 46. Dari air mani ketika dipancarkan (kedalam rahim)

Pada ayat ini dapat diterangkan bahawa setiap manusia ada jodohnya masing masing. Jodoh manusia juga bukan hanya seorang. Ia boleh jadi 2 @ 3 @ 4 orang. Ia bergantung pada arah hidup yang kita pilih.

Contoh

Ali seorang pelajar yang berumur 21 tahun yang baru habis belajar. Di tangannya ada 2 keputusan yang boleh di pilih sama ada sambung belajar di Perak ataupun kerja di Melaka.

Pilihan pertama

Sambung belajar - Sekiranya Ali menyambung belajar beliau akan bertemu dengan jodohnya yang bernama Latifah yang menetap di Perak.

Pilihan kedua

Bekerja - Sekiranya Ali bekerja beliau akan bertemu jodohnya dengan Si Zainab di tempat kerjanya.

Di atas adalah satu misalan yang dibuat. Ia menerangkan bahawa keputusan kehidupan yang kita lakukan didalam kehidupan mempengaruhi masa dan jodoh yang telah ditentukan. Sekiranya Ali sambung belajar beliau akan berkahwin dgn Latifah dan sebaliknya jika beliau memilih pilihan kedua.

Kita hendaklah berusaha unutuk mencari jodoh bukan menunggu bulan jatuh keriba dan hanya menyerahkan pada takdir sepenuhnya. Sesudah berusaha kemudian pada keputusan atau hasil daripada usaha kita, maka itulah yang di katakan takdir.

Dalil

(Surah Ar-Ra'd Ayat 11)

Maksudnya
Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, Yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) Dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa Yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa Yang ada pada diri mereka sendiri. dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun Yang dapat menolak atau menahan apa Yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun Yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadanya.

Garis Panduan Memilih Teman Hidup

Islam mengajar umatnya berhati-hati memilih pasangan hidup ia adalah kerana mahligai yang kita bina bukanlah untuk bertahan sehari dua tetapi sehingga ke hujung nafas yang terakhir. Hal ini haruslah diambil serius.

Sabda Rasullullah S.A.W
"Dinikahi wanita itu kerana empat perkara : kerana hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka pilihlah dalam hal keagamaannya, nescaya beruntunglah kedua-dua tanganmu."
(Riwayat Bukhari & Muslim)

Dalam hadis ini terang dan jelas bahawa perlulah kita memilih dalam hal keagamaan lebih daripada segala galanya.

Allah berfirman bermaksud,
“Jangan kamu nikahi wanita musyrik sebelum mereka beriman. Sesungguhnya wanita budak mukmin lebih baik daripada wanita musyrik walaupun ia menarik hatimu.
(Surah Al-Baqarah: ayat 221)

Allah berfirman bermaksud,
“Wanita keji adalah untuk lelaki keji dan lelaki untuk wanita keji dan wanita baik adalah untuk lelaki baik dan lelaki yang baik adalah untuk wanita baik. "
(Surah An-Nur: Ayat 26)
Allah berfirman bermaksud,
“Maka wanita yang salihah ialah yang taat kepada Allah lagi memelihara dirinya. Oleh kerana itu Allah memelihara mereka.”
(Surah An-Nissa, ayat 34)

Kriteria memilih isteri yang harus diberi perhatian ialah mempunyai sifat penyayang dan dapat melahirkan banyak anak.

Dalam memilih wanita yang banyak melahirkan anak, ada beberapa perkara yang perlu diketahui iaitu:
  • Kesihatan fizikal dan penyakit yang menghalang kehamilan. Untuk mengetahuinya, kita mesti meminta bantuan pakar. Oleh itu, seorang wanita yang mempunyai kesihatan yang baik dan fizikal kuat biasanya mampu melahirkan banyak anak. Di samping itu, dia dapat memikul beban rumah tangga serta menunaikan kewajipan mendidik anak serta menjalankan tugas sebagai isteri dengan baik.
  • Melihat keadaan ibu dan saudara perempuan yang sudah bernikah. Sekiranya mereka termasuk wanita yang banyak melahirkan anak, maka biasanya wanita itu akan seperti itu juga.
  • Hendaklah memilih calon isteri yang masih gadis, terutama bagi lelaki bujang. Ini dimaksudkan untuk mencapai hikmah sempurna dan manfaat yang agung.
  • Di antara manfaat itu adalah memelihara keluarga, bukan menyusahkan kehidupan, menjurus ke dalam pelbagai masalah serta permusuhan.
  • Pada masa sama, ia akan mengeratkan tali cinta kasih antara suami isteri dan sekali gus memberi sepenuhnya kehalusan serta kelembutan kepada lelaki yang pertama kali melindungi, menemui dan mengenalinya.
  • Lain halnya dengan janda. Kadangkala daripada suami kedua, dia tidak mendapatkan kelembutan hati yang sebenarnya kerana ada perbezaan besar antara akhlak suami pertama dan suami kedua.
  • Mengutamakan orang jauh (dari keakraban) dalam perkahwinan. Ini dimaksudkan untuk keselamatan fizikal anak keturunan daripada penyakit yang menular atau cacat secara turun temurun.
  • Biasanya anak tidak tumbuh besar dan dalam keadaan lemah atau mewarisi cacat kedua orang tuanya dan penyakit nenek moyangnya.
  • Di samping itu, cara itu juga dapat memperluaskan pertalian kekeluargaan dan mempereratkan ikatan sosial.
  • Diharap kriteria dinyatakan itu dapat menjadikan panduan dan pedoman bagi lelaki khususnya, teruna yang ingin mencari pasangan hidup dan menamatkan bujang.
Kita juga mengharapkan rumah tangga yang dibina itu akan mendapat berkat, bahagia dan kekal abadi hingga ke akhir hayat.Amin....