Selasa, 18 Mei 2010

Hukum insurans nyawa

Soalan : Bolehkah orang Islam mengambil insuran nyawa?

Jawapan:

Insuran nyawa yang diamalkan di dunia kini adalah berunsurkan riba. Umat Islam sewajarnya tidak terlibat dengan institusi yang berunsur riba. Allah mengharamkan riba kerana ia mengandungi unsure-unsur kezaliman. Bolehlah disenaraikan di sini sebab-sebab haramnya iaitu :

•Orang yang menyertai insuran itu mengharapkan keuntungan berlipat ganda dari syarikat yang menawarkan,

•Wang yang akan diberikan kepada syarikat itu sebagai wang pertaruhan yang akan lesap apabila tiada apa yang berlaku. Syarikat akan untung berlebihan sedangkan pelanggan rugi.

•Nyawa kita sudah dijamin Allah, umat Islam seluruhnya menjadi penjamin di antara satu sama lain. Apabila kita mengharapkan sesuatu yang lain dari yang Allah sebutkan itu sudah tentu kita menyalahinya.

Insuran kereta, motor yang ditetapkan oleh kerajaan adalah sesuatu yang tidak boleh dielakkan, maka haruslah diambil untuk membolehkan kita memiliki lessen cukai jalan. Kita mengambil insuran itu bukan bertujuan keuntungan sebaliknya untuk membolehkan kita mendapatkan lessen, itu saja. Tetapi jika kita berniat mendapatkan keuntungan dan jaminan tetap dikira riba juga. Oleh itu betulkan niat kita semasa mengambilnya.


- sumber dari : Jabatan Mufti Johor